Thursday, 4 June 2015

FINALLY

Finally....
Finally finally finally.
Tiba jua hari khamis, hari terakhir kuliah untuk sem 2 ni.


So, lepas ni boleh lah fokus untuk study plak. Dah lah takde study week.Tak pasal2 kena study masa dalam minggu kuliah. Aku ni plak jenis yg suka belajar masa study week. Haa minggu tu lahh baru pulun nak study apa yg masuk final. Tu lahh dalam kelas melaha je kerja. Main fon lahh, tidur lahh, borak lahh. Ishh teruk perangai.

So, goodluck lah ehh semua untuk final sem 2 tahun ni. Moga kejayaan mengiringi kita. (Aaammmiiinnnnn) And thanks sir for accept us as your student and teach us about life. 

Oh ye. I guess ni adalah post terakhir dari aku. Sebab apa? Sebab kelas aplikasi dah habisssssss yeahhhhh. Ai suka. So lepas ni takde aku gigih nak taip berjela merapu je lebih.



So, see you when i see you ! 




Monday, 1 June 2015

MATRIC'S LIFE

assalamualaikum

dan salam satu jun.

kali ni aku nak buat throwback masa life aku kat matrik dulu (dulu sangat padahal baru tahun lepas).
aku habiskan hidup aku sepanjang 10 bulan kat matrik melaka. and yeahh it was a great time being there. 10 bulan je wehh dah cukup untuk aku kenal dorang wehh. roommates aku, classmates aku, arasmates and yg lelain tu. macam2 perangai aku jumpa. 

roommates: 



hannah ain pika lon

(haa yee masa matrik dulu orang panggil aku pika)

okay nampak kan gambar kat atas tu? haa tu lah roommates aku masa matrik dulu. dekat aras kitorang tu, bilik kitorang lah yang paling boom kebaboom bising nak mati tak ingat dunia (nampak tak dia punya hiperbola?)

sekarang ni memasing dah busy kat tempat baru. ain dengan lon langsung aku tak pernah jumpa since berpisah masa matrik haritu. ain dah pergi oversea dahh (ceh sarawak je pun), lon plak baru je habis matrik bulan lepas. ohh dia matrik dua tahun. hannah? paling dekat dengan aku which is cyberjaya je. sem lepas aku selalu jumpa dia. sem ni?? hmmmm susah dahh. 



koranggggg rinduuuuuu   :(