Friday, 1 May 2015

KAK MIJAH

assalamualaikum.

"Salam Perkenalan daripada 
KAK MIJAH...

Kak apa uolllsss??
M.I.J.A.H"


ahahha tau tak sape kak mijah ni?? haa meh tengok sini. serious wehh korang wajib tengok tak rugi langsung hahahha. 

and yeahh dia baru je release second video dia. nah amik ni ! yang ni pun wajib tengok. tapi yang first video tu lagi kelakar lahh hahaha. 

okay sebenarnya di sebalik watak KAKMIJAH ni adalah senior aku. senior yang sangat baik dan kelakar dan sangat positif. dah grade dah pun and now dia tengah sambung master.

well all the best kak mijah! semoga lebih banyak lagi video yang laka-laka dari kak mijah. kami senantiasa menantikan comeback dari kak mijah english people ahaks.

sincerely, 
KAKMIJAH'S FAN :) 




BACA !

assalamualaikum.

siapa habiskan baucer buka untuk beli buku angkat tangan ! *krik krik*


hambar lah aku ni. sah sah lah semua orang beli buku dengan baucer buku tu. (eleh tipu ada je yang beli powerbank harddisk bagai ehehe) 


tapi aku beli buku hokeyyyy *muka bangga* dah lama sebenarnya aku tak beli buku selain dari buku revision bagai tu. tapi ntah lah kali ni aku macam nak pupuk balik minat membaca dalam diri aku ni (aisehh ayat kemainnnn) 


ehh betul lah. aku ingat lagi waktu pramatang dulu, aku suka gila kot membaca. iolsss pernah dapat anugerah peminjam buku terbanyak eh. masa darjah 5 lah tapi ahaks. seingat aku lah, aku dah kurang membaca sejak aku pmr. konon time tu nak fokus lah kan taknak baca novel bendalah segala tu. haa kau sampai sekarang, aku dah tak minat baca novel. teringin nak baca, tapi dah jadi cepat bosan, dulu, sanggup tidur 3-4 pagi jot semata nak habiskan novel. 


tapi sekarang ni, aku nak start balik membaca. haiipp bukan baca novel cintan-cintun ehh. hmm disebabkan aku dah terasa semakin matang, so aku nak try baca buku yang berilmiah or berfaedah sikit untuk dibaca. haa gituuu. tapi taknak lah buku yang ayat2 bombastik bagai tu yang ditulis oleh orang yang sangat berpendidikan. ahah gigihnya plak aku nak baca yang tu. mau satu page, aku dah tumbang. mungkin ada novel (bukan novel cinta!) yang best macam fixi ke? oh yeahh fixi best gila ! 




LAMBAT

assalamualaikum

lambat. perkataan yang langsung tidak asing dalam kamus hidup aku. yes, aku ni memang bukan jenis orang yang sangat menepati masa. dari sekolah kot, muka aku memang muka yang selalu paling lambat datang perhimpunan, paling lambat masuk kelas. sampai ke matrik wehh, aku tak boleh lari dari lambat masuk kelas ni. kat universiti ni pun, macam takde improvement je. teruk kan aku ni. 


tapi takde lah semua benda aku nak lambat. dah sah2 benda tu penting, gila kau nak lambat. nak kena maki ke apa? but yeahh. act, sikap ni memang tak baik pun. nasib mostly, cikgu and lect aku tak berapa nak kisah. ada tu yang kisah, haa kau kelam kabut ahh aku keluar bilik nak on time punya pasal hahahah (cuma berkesan kalau cikgu / lect tu garang and jenis yang tak suka student masuk lambat) tapi ntah. aku cuma fikir, okay contoh lah dalam kelas, kalau aku datang awal sekalipun, apa je aku nak buat sementara tunggu cikgu / lect masuk? borak ? gossip ? better aku lepak dalam bilik jap buat kerja lain ke tidur ke rehat ke makan ke. 


hmm ntah lahh. memasing ada pendapat memasing kan. so as long as aku rasa apa yang aku buat ni tak salah and tak nyusahkan orang lain, sukati aku lah kan?