Wednesday, 11 March 2015

HECTIC WEEK

Assalamualaikum.

haiii. sekarang ni aku kat ptsl wewewewe~~ ahaks gigih kan? nak siapkan blog punya pasal lah ni. esok dah due date and aku baru submit satu post. tu pun baru buat malam tadi dengan penuh kepayahan dan ke-ngantuk-kan. dengan jaring yg asyik carik pasal je since last week. susah tau tak nak buat segala kerja yg dah bertimbun tu. hmmm dah lah aku dah lama tak rasa tidur yg berkualiti *nada sedih mintak kaki* (feeling macam orang lain tidur berkualiti je)

ehh tapi serious dohh. minggu ni minggu paling penat and busy lah sepanjang aku kat ukm ni. haa ni baru first year kott. tunggu nanti final year camane. (haaa cuakk). naik je dari cuti midsem, terus malam tu ada meeting. then lepas tu, hampir tiap malam lah jugak ada meeting. meeting meeting meeting ! hadap sangat ! muak dah tau tak ! ek marah. masa sem satu dulu, waktu2 macam ni aku tgh pishang gila duduk dalam bilik. sebab takde kerja langsung kot. assignment pun sikit gila lah. nak tengok movie pun dah takde hati. nahh, dapat sem ni hamekk kau ! busy nak mampus, baru kau tahu dia punya seksa!

lagipun, one of the program tu, which is called FUS, start jumaat ni sampai ahad di bangi gateway. so, moh lerr kita ramai2 datang yerr *promote jap*. haa lagi berdouble triple lahh aku punya kesibukan kan? hmmm tabah je lah. kadang aku rasa macam aku ni tengah kerja. belajar sambil bekerja. tapi bekerja yg tidak mendapat gaji. know that feel?

hmm okayy. dah lah kot setakat ni. aku pun dah tak tau nak merapu apa lagi. otak dah biul mungkin.
doakan kejayaan program FUS !


cantik kan? cakap cantik cepat!!

SILAP

Semua orang pernah buat silap. Ahhah cliche gila aku punya intro. But thats fact okay ! Cakap sikit sape tak pernah buat silap? Haa haa??! Ek emo~~ Like i said before, tak payah ingat yg kita ni purrrrfecto whatsoever sangat.



Rasa-rasa lah kan, kita paling banyak buat silap kat siapa? Hmm as for me, aku rasa aku paling banyak buat silap kat parents and siblings aku. Sebab apa? Sebab, mostly kita lah kan, bila buat silap kat parents je, mesti susah nak mintak maaf kan? Haaaa baik jujur tak baik menipu. Ahaks~ Tapi ada je anak yg baik yg selalu mintak maaf kat parents dorang even takde silap apa pun. Haihh kan bagus kalau aku ni anak yg baik jugak. Haa pastu, kalau kau gaduh ke apa ke, buat salah silap kat abang kakak adik kau ke, korang mintak maaf tak? Kalau aku tak. Hahahaha. Tau je tup tup dah berbaik balik berborak bergurau senda seperti sediakala seperti tiada apa-apa yg berlaku. Biasalah air dicincang takkan putus woiiii. Tapi, bila kau buat silap sikit je kat kawan kau, lagi2 bf or gf kau, kemain gigih mintak maaf. Sampaikan ada yg sanggup tak tidur malam menunggu kata penerimaan maaf dari si dia. Apa kata, kau buat camtu kat parents or siblings kau jugak ke? (dushhh sentap dengan ayat sendiri)


Paling lawak kalau kau buat silap, pastu kau kantoi. Diri sendiri plak tu yg kantoikan. Takpun, bff yg kau dah janji susah senang bersama, dengan senang hati meng-kantoi-kannya tanpa perasaan bersalah terhadap korang. Ahahah ni bangang abadi serious. Mesti kau rasa nak tikam2 je kan bff kau tu, pastu tarik lidah dia masuk dalam pemotong kertas. Puas dia pehhhh !


Act, tak susah pun nak mintak maaf kalau kita ada buat silap. Just say “sorry” je kan? Okay maybe susahlah kot kalau manusia itu mempunyai ego yang lebih tinggi dari KLCC.  Tapi percayalah, sebelum terlambat, baik mintak maaf awal2 sebelum kau menyesal seumur hidup. Jangan lah sekadar ucapan “sorry” semata. Kalau ghupe gituu, budak baru belajar cakap pun boleh sebut. Kita haruslah meminta maaf dengan seikhlas hati okehhhh ??


Bukan semua orang dapat kesempatan and peluang kedua. Ye dokkk?