Monday, 27 April 2015

FANTASI

assalamualaikum.

haa fantasi. *eksaited kejap* first nampak je tema ni, aku terus terfikir "HARRY POTTER". tak tau kenapa. mungkin aku terlalu minat kot dengan cite harry potter ni. superb best dohh serious tak tipu. okay tapi yelahh. tak semua orang minat benda yang sama. kalau kau tak minat HP ni, lantak kau ahh. ada kaitan plak dengan aku? ekk biadap. those yang turut meminati HP ni, tahniah *sepp sikit*

HP ni macam cite fantasi tau. takde pun kau jumpa betul betul kat dunia sebenar ni. haihh kalau lah betul2 wujud dunia HP ni. (wake up shafika jangan nak berangan sangat). aku malas lah nak taip pepanjang pasal HP ni. kalau korang nak tau sangat, haa pi tanya pakcik google. dia sentiasa free and rajin nak layan kau. 

btw, disebabkan keminatan aku terhadap HP ni, dari kecik aku dah tanam niat nak kumpul HP punya movie and buku dari first series sampai lah yang terakhir. and aku baru nak start sekarang. hmm lama betul niat tu disimpan hahaha. banyak kott.


  1. SORCERERS STONE
  2. CHAMBER OF SECRET 
  3. PRISONER OF AZKABAN 
  4. GOBLET OF FIRE
  5. HALF-BLOOD PRINCE 
  6. ORDER OF PHEONIX
  7. DEATHLY HALLOWS
haa ni lah semua tajuk tajuk HP. setakat ni aku baru ada 2 je buku dia. so kena kumpul duit lagi ni. ahaha semata sangat kan? 






REALITI

assalamualaikum 


realiti. kadang kadang membawa bahagia, kadang kadang menyakitkan. yang menyakitkan tu yang parah tu. tapi nak taknak, kita kena terima realiti tu sebab itu adalah realiti. REALITI. 

haihh cakap memang senang kan? kadang aku pernah terfikir, camane kalau aku berdepan dengan satu realiti yang tak terduga. yg aku tak duga langsung realiti tu datang secara tetibanya, bila siapa camane kat mana. and aku terpaksa terima benda tu. tak boleh kata tak. apa agaknya yang aku akan buat time tu? maintain tenang? or tetiba rasa macam hidup ni dah tak berguna lagi? (ahah yg ni macam over sikit) 
or aku akan macam orang yg takde perasaan. hati stone. heartless. tak mampu nak hadam apa yang aku tengah hadapi. 

hmmm kau rasa???? #trademarkyenyusoff



MIDSEM BREAK

assalamualaikum.


apa khabar kawan2? sihat?? ahaks dah lama kot aku tak post new blog. sorry sir, saya tak perasan yg sir ada letak tema dalam blog sir. okay its just an excuse. act, aku memang takde effort pun nak carik sir ada bagi tugasan blog ke tak. aku just bukak ifolio, tengok course materials, tengok task, tengok discussion, okay takde pape latest, then tutup. dasar pemalas nak mati aku ni. okay sedar diri pun. 

weiiiii bosan gila tahap mega tera wehh duduk rumah cuti midsem haritu. aku langsung tak keluar mana2 dengan kengkawan. keluar pun sekadar teman mak aku pergi beli barang. tu pun sekejap je lah. bilik, ruang tamu, dapur, toilet. haaa kat situ je lah yg aku duk pusing2. tak berkembang langsung kan? nasib lah mak aku ni jaga budak. so ada lah jugak aktiviti yg aku boleh buat sepanjang seminggu duduk terperap kat rumah tu. 


hmmmm rindu si kembar.