Thursday, 4 June 2015

FINALLY

Finally....
Finally finally finally.
Tiba jua hari khamis, hari terakhir kuliah untuk sem 2 ni.


So, lepas ni boleh lah fokus untuk study plak. Dah lah takde study week.Tak pasal2 kena study masa dalam minggu kuliah. Aku ni plak jenis yg suka belajar masa study week. Haa minggu tu lahh baru pulun nak study apa yg masuk final. Tu lahh dalam kelas melaha je kerja. Main fon lahh, tidur lahh, borak lahh. Ishh teruk perangai.

So, goodluck lah ehh semua untuk final sem 2 tahun ni. Moga kejayaan mengiringi kita. (Aaammmiiinnnnn) And thanks sir for accept us as your student and teach us about life. 

Oh ye. I guess ni adalah post terakhir dari aku. Sebab apa? Sebab kelas aplikasi dah habisssssss yeahhhhh. Ai suka. So lepas ni takde aku gigih nak taip berjela merapu je lebih.



So, see you when i see you ! 




Monday, 1 June 2015

MATRIC'S LIFE

assalamualaikum

dan salam satu jun.

kali ni aku nak buat throwback masa life aku kat matrik dulu (dulu sangat padahal baru tahun lepas).
aku habiskan hidup aku sepanjang 10 bulan kat matrik melaka. and yeahh it was a great time being there. 10 bulan je wehh dah cukup untuk aku kenal dorang wehh. roommates aku, classmates aku, arasmates and yg lelain tu. macam2 perangai aku jumpa. 

roommates: 



hannah ain pika lon

(haa yee masa matrik dulu orang panggil aku pika)

okay nampak kan gambar kat atas tu? haa tu lah roommates aku masa matrik dulu. dekat aras kitorang tu, bilik kitorang lah yang paling boom kebaboom bising nak mati tak ingat dunia (nampak tak dia punya hiperbola?)

sekarang ni memasing dah busy kat tempat baru. ain dengan lon langsung aku tak pernah jumpa since berpisah masa matrik haritu. ain dah pergi oversea dahh (ceh sarawak je pun), lon plak baru je habis matrik bulan lepas. ohh dia matrik dua tahun. hannah? paling dekat dengan aku which is cyberjaya je. sem lepas aku selalu jumpa dia. sem ni?? hmmmm susah dahh. 



koranggggg rinduuuuuu   :(







Sunday, 31 May 2015

ORANG TENGAH

assalamualaikum.

firstly, aku nak tanya. pernah jadi orang tengah tak? alaaa orang tengah contoh kalau orang gaduh ke orang tengah bercinta ke. pengantara haa pengantara.

susah beb jadi orang tengah ni. kau tersepit antara orang ni dengan orang tu (situasi bergaduh). kau rapat dengan si A ni. at the same time kau rapat dengan si B ni jugak. dan dan A and B ni pun memang rapat jugak. pastu masing-masing ada ego masing-masing. haa camane tu? 

kau dengar citer si A. dia cakap dengan kau jangan bagitau sesape. okay lah kau pun tak bagitau sesape. tapi kau tak percaya 100% citer dia. sebab kau kenalah adil kan. dengar citer dari pihak yang satu lagi. then si B ni pun bercerita kat kau. okay dua2 kau dah dengar. and satu lagi yg penting. kau tak boleh side kat mana-mana. kira fair lah kan? 

disebabkan si A dan si B ni berkawan rapat. and kau pun rapat dengan kedua-duanya, takkan kau nak biarkan dorang gaduh je memanjang. mestilah tak kan? masalahnya, kau tak tau nak start dari mana. haa camane dohhhhhhh !!!!!!!!!!!




Wednesday, 27 May 2015

PEMBENTANGAN POWERPOINT

assalamualaikum.

pada tanggal 22 Mei 2015, jam 1500 sehingga 2100, bertempat di Bilik Tayangan 1 PTSL, set 2 which is kelas Sir Azzwan, kitorang buat presentation untuk final project aplikasi komputer. kitorang kena present topik yg dah dipilih since minggu kedua kelas lagi. group aku kena buat pasal citra. so task kitorang adalah kena buat video and slide pasal citra. group lain tajuk lain lah kan.

kitorang punya group biasa-biasa jehh. takde yg best pun haha. paling best video group apa ntah. tapi dorang present first sekali. bodoh gila serious hahaha. pastu ada group tu buat video hantu hahaha bongok. 

tapi aku tak rasa sir nilai dari situ semata je. mesti ada pemarkahan nye kan. mesti ada yg boleh ada yg tak boleh. bukan kira lawak semata je. but overall, semua group mantap lahh yeayy *tepuk tangan*

hope takde yg repeat lah sem depan. ek tibah



BERDIKARI

assalamualaikum.

untuk seorang manusia yg dah berusia 20 tahun, tipulah kalau tak boleh nak berdikari lagi. okay tolak yg OKU semua tu lah haihh. lagi-lagi kalau kau duduk jauh dari family, nak taknak kau kena belajar berdikari. jangan asyik nak duduk bawah ketiak mak kau jehh. 

kau ada masalah? settle sendiri selagi kau mampu buat sendiri.
kau sensorang? biasalah tu takkan 24jam nak berteman kan.
kau nak tempat luahkan perasaan? tak semua orang sudi dengar. and kadang respon dorang tak macam yg kau expect. 

sooooo, belajarlah berdiri atas kaki sendiri. kau kena ingat. tak semua orang akan paham apa yg kau rasa. 





MALAM ANUGERAH PELAJAR 18

assalamualaikum

Malam Anugerah Pelajar 18 or short form nye (MAP18) adalah kolej kitorang punya dinner. kolej mana tu? KTHO KTHO KTHO O O O O (tibah nyanyi lagu masa MMM haritu haha). MAP ni dah lepas dah (23052015). kitorang buat kat dectar sajohh. 

aku pegang post protokol sebagai Exco 2. penatnya hanya Allah je tau wehh. dengan tak cukup tidur nya, dengan assignment banyak bertangguh, kerja2 lain pun asyik delay je, ni haa blog ni pun tak tersiap sebab MAP ni lahh. ai salahkan orang haha. takdelahh salah aku jugak. memang aku ni jenis yg tak reti nak bahagi masa sangat. aku ni jenis kalau buat satu kerja  ni, haa fokus kat situ lah sampai ke sudah. so at the end, macam ni lah jadi. 

but aku bersyukur gilaa sebab dinner ni dah habis. yeayyy good job semua yg terlibat langsung dan tidak langsung *ayat cliche* so lepas ni aku dah boleh fokus untuk final.

*final ni takde study week. moh ler kita menangis berjemaah.


AMALI MAKMAL

assalamualaikum


okay kali ni kita buat post throwback (mampus kena maki sebab tulis blog last minute)

amali makmal or biasanya student sebut labtest.

masa labtest 1 dulu, perghh kelam kabut nikhirim serious tak tipu. dengan masa tak cukupnya, pastu tibah line internet takde. dan dan plak masa tu nak slow kan. selama  ni helok je laju. tapi alhamdulillah nasib baik jugak lah dapat hantar ontime. 

masa labtest 2 plak, lagi lahh syahdu. minggu sebelum tu aku tak masuk kelas sebab adalah sebabnya kan (bukan ponteng okay aku ada surat pelepasan). pastu minggu yg aku tak datang tu belajar switchboard. memang aku lost lah kan masa labtest tu. serious aku dah pasrah tak tau nak buat apa dah. apa yg nita ajar pun kelaut sebab tak sama dengan apa yg sir ajar kat student lain. then ila datang sebagai penyelamat haha. dia lah yg tolong aku. sir just guide sampai table switchboard tu je. yg selebihnya aku bergantung pada nota ila. serious bersyukur gila ila duduk sebelah aku time tu. 

result? aku rasa tu hal sir. no bukan maksud aku untuk taknak amik tau. bukan okayy. cuma aku rasa, aku dah buat the best yg aku mampu buat. yg selebihnya aku tawakal je. kalau dapat markah bagus, alhamdulillah rezeki lah kan. kalau teruk? mohon simpati kat diri sendiri hahaha. 



SAHABAT

assalamualaikum

SAHABAT

kau tanya lah semua orang, konfem kau akan dapat macam-macam gila jenis jawapan.
kawan, membe, geng, teman, bestie and macam lagi lah istilah lain untuk sahabat ni.

"tak seronok bila takde" - harizpipu
"orang yg ada time senang dan susah" - hasnita

well kalau aku, sahabat in short meaning is orang yg kau ngam selain dari family. and untuk aku, once aku dah berkawan dengan someone tu, sampai bila-bila aku akan berkawan dengan dia. kalau ada gaduh-gaduh tu, biasalah kan. tapi better avoid. apa yang penting? harmoni haa gituhhh. hahaha. tapi betullah. memang lah ada orang cakap, tak best kalau takde gaduh. kononnya gaduh ni asam garam dalam friendship yg boleh rapatkan lagi bond tu. hampehh lahh. tak ke lagi bagus kalau takde gaduh? kalau takat gaduh bodoh2 tu lain lahh. tak payah lah take serious sangat kan. 

and to all my friends (eventhough aku tau korang takkan baca pun blog aku ni haha)
aku sayang korang. 
dah tu je.
kbye.




Wednesday, 13 May 2015

PAHIT

"Kadang dugaan tu datang dalam hidup kau tanpa dijangka. Sampai bila kau nak terus tenggelam dalam dugaan tu? Stay positive. Teruskan melangkah. Banyak lagi perkara lain dihadapan yg kau harus hadapi. Melepaskan bukan bermaksud melupakan. Mungkin ada hikmahnya. 
Ye, kau memang tak kuat.Tapi kau kena kuat."
pernah tak kau hadapi something yg kau tak pernah terlintas pun kau akan lalui. tak pernah mintak pun benda tu jadi kat kau. and benda tu bagi kesan sangat2 kat kau.

pahit kan? pahit kan nak telan semua tu? 

well dah nama pun kehidupan. and kita pun dah tau kita ni makhlukNya. memang takkan lepas dari dugaan and ujian. 

and to think about it back, heyy Allah takkan uji kalau Dia tau kau tak mampu. kan???? so bila Dia turunkan ujian untuk kau, its means Dia tau kau mampu hadapinya. tanda Dia sayang. tanda Dia nak kita ingat balik kat Dia. kita ni manusia wehh. senang je nak hanyut. and kita ni pendosa. tak pernah lekang dari dosa. and mungkin jugak Allah bagi ujian ni untuk tebus balik dosa yg kau pernah buat kat Dia. 

Husnudzon beb ! 





PUDING CARAMEL

assalamualaikum. 

okayyyyy hmmmm aaaaaaa
*awkward*

disebabkan idea aku kering kontang ni, ni je yg aku mampu tulis. eh silap. copy paste sebenarnya ahaks. 

nah amik resepi ni. oh aku amik dari sini http://www.kongsiresepi.com/read/60/0/



Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais



last step, makan! pehhh sedapnya wehh. dah lama gila tak makan serious. hmm takde sape nak tolong buatkan untuk aku ke? 


SEPULUH

assalamualaikum.


well ni je yg aku mampu terfikir untuk entry kali ni. haaa cepat usha video ni dulu


tekan sini woiiiiii

Friday, 1 May 2015

KAK MIJAH

assalamualaikum.

"Salam Perkenalan daripada 
KAK MIJAH...

Kak apa uolllsss??
M.I.J.A.H"


ahahha tau tak sape kak mijah ni?? haa meh tengok sini. serious wehh korang wajib tengok tak rugi langsung hahahha. 

and yeahh dia baru je release second video dia. nah amik ni ! yang ni pun wajib tengok. tapi yang first video tu lagi kelakar lahh hahaha. 

okay sebenarnya di sebalik watak KAKMIJAH ni adalah senior aku. senior yang sangat baik dan kelakar dan sangat positif. dah grade dah pun and now dia tengah sambung master.

well all the best kak mijah! semoga lebih banyak lagi video yang laka-laka dari kak mijah. kami senantiasa menantikan comeback dari kak mijah english people ahaks.

sincerely, 
KAKMIJAH'S FAN :) 




BACA !

assalamualaikum.

siapa habiskan baucer buka untuk beli buku angkat tangan ! *krik krik*


hambar lah aku ni. sah sah lah semua orang beli buku dengan baucer buku tu. (eleh tipu ada je yang beli powerbank harddisk bagai ehehe) 


tapi aku beli buku hokeyyyy *muka bangga* dah lama sebenarnya aku tak beli buku selain dari buku revision bagai tu. tapi ntah lah kali ni aku macam nak pupuk balik minat membaca dalam diri aku ni (aisehh ayat kemainnnn) 


ehh betul lah. aku ingat lagi waktu pramatang dulu, aku suka gila kot membaca. iolsss pernah dapat anugerah peminjam buku terbanyak eh. masa darjah 5 lah tapi ahaks. seingat aku lah, aku dah kurang membaca sejak aku pmr. konon time tu nak fokus lah kan taknak baca novel bendalah segala tu. haa kau sampai sekarang, aku dah tak minat baca novel. teringin nak baca, tapi dah jadi cepat bosan, dulu, sanggup tidur 3-4 pagi jot semata nak habiskan novel. 


tapi sekarang ni, aku nak start balik membaca. haiipp bukan baca novel cintan-cintun ehh. hmm disebabkan aku dah terasa semakin matang, so aku nak try baca buku yang berilmiah or berfaedah sikit untuk dibaca. haa gituuu. tapi taknak lah buku yang ayat2 bombastik bagai tu yang ditulis oleh orang yang sangat berpendidikan. ahah gigihnya plak aku nak baca yang tu. mau satu page, aku dah tumbang. mungkin ada novel (bukan novel cinta!) yang best macam fixi ke? oh yeahh fixi best gila ! 




LAMBAT

assalamualaikum

lambat. perkataan yang langsung tidak asing dalam kamus hidup aku. yes, aku ni memang bukan jenis orang yang sangat menepati masa. dari sekolah kot, muka aku memang muka yang selalu paling lambat datang perhimpunan, paling lambat masuk kelas. sampai ke matrik wehh, aku tak boleh lari dari lambat masuk kelas ni. kat universiti ni pun, macam takde improvement je. teruk kan aku ni. 


tapi takde lah semua benda aku nak lambat. dah sah2 benda tu penting, gila kau nak lambat. nak kena maki ke apa? but yeahh. act, sikap ni memang tak baik pun. nasib mostly, cikgu and lect aku tak berapa nak kisah. ada tu yang kisah, haa kau kelam kabut ahh aku keluar bilik nak on time punya pasal hahahah (cuma berkesan kalau cikgu / lect tu garang and jenis yang tak suka student masuk lambat) tapi ntah. aku cuma fikir, okay contoh lah dalam kelas, kalau aku datang awal sekalipun, apa je aku nak buat sementara tunggu cikgu / lect masuk? borak ? gossip ? better aku lepak dalam bilik jap buat kerja lain ke tidur ke rehat ke makan ke. 


hmm ntah lahh. memasing ada pendapat memasing kan. so as long as aku rasa apa yang aku buat ni tak salah and tak nyusahkan orang lain, sukati aku lah kan?




Monday, 27 April 2015

FANTASI

assalamualaikum.

haa fantasi. *eksaited kejap* first nampak je tema ni, aku terus terfikir "HARRY POTTER". tak tau kenapa. mungkin aku terlalu minat kot dengan cite harry potter ni. superb best dohh serious tak tipu. okay tapi yelahh. tak semua orang minat benda yang sama. kalau kau tak minat HP ni, lantak kau ahh. ada kaitan plak dengan aku? ekk biadap. those yang turut meminati HP ni, tahniah *sepp sikit*

HP ni macam cite fantasi tau. takde pun kau jumpa betul betul kat dunia sebenar ni. haihh kalau lah betul2 wujud dunia HP ni. (wake up shafika jangan nak berangan sangat). aku malas lah nak taip pepanjang pasal HP ni. kalau korang nak tau sangat, haa pi tanya pakcik google. dia sentiasa free and rajin nak layan kau. 

btw, disebabkan keminatan aku terhadap HP ni, dari kecik aku dah tanam niat nak kumpul HP punya movie and buku dari first series sampai lah yang terakhir. and aku baru nak start sekarang. hmm lama betul niat tu disimpan hahaha. banyak kott.


  1. SORCERERS STONE
  2. CHAMBER OF SECRET 
  3. PRISONER OF AZKABAN 
  4. GOBLET OF FIRE
  5. HALF-BLOOD PRINCE 
  6. ORDER OF PHEONIX
  7. DEATHLY HALLOWS
haa ni lah semua tajuk tajuk HP. setakat ni aku baru ada 2 je buku dia. so kena kumpul duit lagi ni. ahaha semata sangat kan? 






REALITI

assalamualaikum 


realiti. kadang kadang membawa bahagia, kadang kadang menyakitkan. yang menyakitkan tu yang parah tu. tapi nak taknak, kita kena terima realiti tu sebab itu adalah realiti. REALITI. 

haihh cakap memang senang kan? kadang aku pernah terfikir, camane kalau aku berdepan dengan satu realiti yang tak terduga. yg aku tak duga langsung realiti tu datang secara tetibanya, bila siapa camane kat mana. and aku terpaksa terima benda tu. tak boleh kata tak. apa agaknya yang aku akan buat time tu? maintain tenang? or tetiba rasa macam hidup ni dah tak berguna lagi? (ahah yg ni macam over sikit) 
or aku akan macam orang yg takde perasaan. hati stone. heartless. tak mampu nak hadam apa yang aku tengah hadapi. 

hmmm kau rasa???? #trademarkyenyusoff



MIDSEM BREAK

assalamualaikum.


apa khabar kawan2? sihat?? ahaks dah lama kot aku tak post new blog. sorry sir, saya tak perasan yg sir ada letak tema dalam blog sir. okay its just an excuse. act, aku memang takde effort pun nak carik sir ada bagi tugasan blog ke tak. aku just bukak ifolio, tengok course materials, tengok task, tengok discussion, okay takde pape latest, then tutup. dasar pemalas nak mati aku ni. okay sedar diri pun. 

weiiiii bosan gila tahap mega tera wehh duduk rumah cuti midsem haritu. aku langsung tak keluar mana2 dengan kengkawan. keluar pun sekadar teman mak aku pergi beli barang. tu pun sekejap je lah. bilik, ruang tamu, dapur, toilet. haaa kat situ je lah yg aku duk pusing2. tak berkembang langsung kan? nasib lah mak aku ni jaga budak. so ada lah jugak aktiviti yg aku boleh buat sepanjang seminggu duduk terperap kat rumah tu. 


hmmmm rindu si kembar. 







Monday, 6 April 2015

PERATURAN

assalamualaikum.

yeayy kali ni kita story pasal peraturan plak hokeyy. as semua orang dah sedia maklum,dalam dunia ni penuh dengan macam2 peraturan. dunia ni pun ada peraturan nya sendiri, kau pergi sekolah, ada peraturan, kau pergi kolej universiti ada peraturan, kau dah kerja pun ada peraturan. heyy nak kawen pun ada peraturan jugak kan? mana boleh kasi redah je. kira tanpa rules ni (dah penat nak taip peraturan), kau punya sesuatu matlamat tu takkan tercapai. 

senang cite lah, dalam hidup kau ada peraturan tak? ke kau just make it simple as sesimple simplenye aci kasi redah je ? okay contoh, kau nak dapat dekan lah kan sem ni. kau nak buat apa untuk achieve kau punya matlamat tu? duduk goyang kaki main fon dalam bilik macamtu? hamboi kau ingat dekan tu golek2 dari memana pergi kaki kau ke apa? NO! at least you have to do something right? at least kau kena ada satu rules macam kau kena spent minimum 3 hours per day untuk study so that kau ada lah potensi untuk capai angan nak dekan tu. 

and aku, honestly, aku bukan nya jenis yg ikut rules sangat pun. even rules yg aku cipta untuk diri aku sendiri. lets say aku cipta rule 'boleh bukak social network 3jam je sehari'. kau ingat aku boleh follow that rule? sehari dua boleh lah kot. lama2 hmm kirim salam je lah. tak guna kan aku ni hahaha. tapi betullah. aku tak suka ikut peraturan yg aku rasa nonsense. yg aku rasa nonsense okay, bukan orang lain rasa. kalau orang lain rasa rules tu okay je, terserah lah. masing2 ada perangai masing2 kan? 

but tak baik jugak sebenarnya aku punya perangai ni. macam takde hala tuju ikut sukahati je kan?? 

hmm bila ntah nak berubah *tanya diri sendiri* 




Sunday, 5 April 2015

DAFFODIL

assalamualaikum


haaaa bunga apa tu?? tu lah namanya bunga daffodil. cantik kan kaler putih dia? 
so, kita nak citer pasal daffodil ni kah? nope! gambar hanya sekadar hiasan sahaja. why aku punya title daffodil?? haaaaa.........

Wednesday, 1 April 2015

TANGGUNGJAWAB

assalamualaikum.

tanggungjawab.................... sama macam amanah jugak lah kan?
and know what??


nampak "YANG BERAT ITU AMANAH"???

berat kan?? hmm aku pun maklum pasal ni. walaupun aku tau aku bukannya jenis manusia yg bertanggungjawab. 

well act banyak gila tanggungjawab kita dalam hidup ni. the most important tanggungjawab adalah tanggungjawab sebagai hamba Allah. no ni bukan nak acah2 alim ke hape okayy. this is the truth. kau nak tenang? nak bahagia dunia akhirat? jaga tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. serious aku cakap, in shaa Allah kau akan dapat ketenangan yg sebenar2nya. 

and other tanggungjawab kita ialah
  • tanggungjawab sebagai seorang anak
  • tanggungjawab sebagai seorang sahabat
  • tanggungjawab terhadap negara
  • tanggungjawab sebagai seorang guru 
  • DLL
haa banyak kan? and ni baru sikit je okayy. berlambak lagi tanggungjawab kita yg lain. haaa balik ni nak muhasabah diri kaw kaw.