Thursday, 4 June 2015

FINALLY

Finally....
Finally finally finally.
Tiba jua hari khamis, hari terakhir kuliah untuk sem 2 ni.


So, lepas ni boleh lah fokus untuk study plak. Dah lah takde study week.Tak pasal2 kena study masa dalam minggu kuliah. Aku ni plak jenis yg suka belajar masa study week. Haa minggu tu lahh baru pulun nak study apa yg masuk final. Tu lahh dalam kelas melaha je kerja. Main fon lahh, tidur lahh, borak lahh. Ishh teruk perangai.

So, goodluck lah ehh semua untuk final sem 2 tahun ni. Moga kejayaan mengiringi kita. (Aaammmiiinnnnn) And thanks sir for accept us as your student and teach us about life. 

Oh ye. I guess ni adalah post terakhir dari aku. Sebab apa? Sebab kelas aplikasi dah habisssssss yeahhhhh. Ai suka. So lepas ni takde aku gigih nak taip berjela merapu je lebih.



So, see you when i see you ! 




Monday, 1 June 2015

MATRIC'S LIFE

assalamualaikum

dan salam satu jun.

kali ni aku nak buat throwback masa life aku kat matrik dulu (dulu sangat padahal baru tahun lepas).
aku habiskan hidup aku sepanjang 10 bulan kat matrik melaka. and yeahh it was a great time being there. 10 bulan je wehh dah cukup untuk aku kenal dorang wehh. roommates aku, classmates aku, arasmates and yg lelain tu. macam2 perangai aku jumpa. 

roommates: 



hannah ain pika lon

(haa yee masa matrik dulu orang panggil aku pika)

okay nampak kan gambar kat atas tu? haa tu lah roommates aku masa matrik dulu. dekat aras kitorang tu, bilik kitorang lah yang paling boom kebaboom bising nak mati tak ingat dunia (nampak tak dia punya hiperbola?)

sekarang ni memasing dah busy kat tempat baru. ain dengan lon langsung aku tak pernah jumpa since berpisah masa matrik haritu. ain dah pergi oversea dahh (ceh sarawak je pun), lon plak baru je habis matrik bulan lepas. ohh dia matrik dua tahun. hannah? paling dekat dengan aku which is cyberjaya je. sem lepas aku selalu jumpa dia. sem ni?? hmmmm susah dahh. 



koranggggg rinduuuuuu   :(







Sunday, 31 May 2015

ORANG TENGAH

assalamualaikum.

firstly, aku nak tanya. pernah jadi orang tengah tak? alaaa orang tengah contoh kalau orang gaduh ke orang tengah bercinta ke. pengantara haa pengantara.

susah beb jadi orang tengah ni. kau tersepit antara orang ni dengan orang tu (situasi bergaduh). kau rapat dengan si A ni. at the same time kau rapat dengan si B ni jugak. dan dan A and B ni pun memang rapat jugak. pastu masing-masing ada ego masing-masing. haa camane tu? 

kau dengar citer si A. dia cakap dengan kau jangan bagitau sesape. okay lah kau pun tak bagitau sesape. tapi kau tak percaya 100% citer dia. sebab kau kenalah adil kan. dengar citer dari pihak yang satu lagi. then si B ni pun bercerita kat kau. okay dua2 kau dah dengar. and satu lagi yg penting. kau tak boleh side kat mana-mana. kira fair lah kan? 

disebabkan si A dan si B ni berkawan rapat. and kau pun rapat dengan kedua-duanya, takkan kau nak biarkan dorang gaduh je memanjang. mestilah tak kan? masalahnya, kau tak tau nak start dari mana. haa camane dohhhhhhh !!!!!!!!!!!




Wednesday, 27 May 2015

PEMBENTANGAN POWERPOINT

assalamualaikum.

pada tanggal 22 Mei 2015, jam 1500 sehingga 2100, bertempat di Bilik Tayangan 1 PTSL, set 2 which is kelas Sir Azzwan, kitorang buat presentation untuk final project aplikasi komputer. kitorang kena present topik yg dah dipilih since minggu kedua kelas lagi. group aku kena buat pasal citra. so task kitorang adalah kena buat video and slide pasal citra. group lain tajuk lain lah kan.

kitorang punya group biasa-biasa jehh. takde yg best pun haha. paling best video group apa ntah. tapi dorang present first sekali. bodoh gila serious hahaha. pastu ada group tu buat video hantu hahaha bongok. 

tapi aku tak rasa sir nilai dari situ semata je. mesti ada pemarkahan nye kan. mesti ada yg boleh ada yg tak boleh. bukan kira lawak semata je. but overall, semua group mantap lahh yeayy *tepuk tangan*

hope takde yg repeat lah sem depan. ek tibah



BERDIKARI

assalamualaikum.

untuk seorang manusia yg dah berusia 20 tahun, tipulah kalau tak boleh nak berdikari lagi. okay tolak yg OKU semua tu lah haihh. lagi-lagi kalau kau duduk jauh dari family, nak taknak kau kena belajar berdikari. jangan asyik nak duduk bawah ketiak mak kau jehh. 

kau ada masalah? settle sendiri selagi kau mampu buat sendiri.
kau sensorang? biasalah tu takkan 24jam nak berteman kan.
kau nak tempat luahkan perasaan? tak semua orang sudi dengar. and kadang respon dorang tak macam yg kau expect. 

sooooo, belajarlah berdiri atas kaki sendiri. kau kena ingat. tak semua orang akan paham apa yg kau rasa. 





MALAM ANUGERAH PELAJAR 18

assalamualaikum

Malam Anugerah Pelajar 18 or short form nye (MAP18) adalah kolej kitorang punya dinner. kolej mana tu? KTHO KTHO KTHO O O O O (tibah nyanyi lagu masa MMM haritu haha). MAP ni dah lepas dah (23052015). kitorang buat kat dectar sajohh. 

aku pegang post protokol sebagai Exco 2. penatnya hanya Allah je tau wehh. dengan tak cukup tidur nya, dengan assignment banyak bertangguh, kerja2 lain pun asyik delay je, ni haa blog ni pun tak tersiap sebab MAP ni lahh. ai salahkan orang haha. takdelahh salah aku jugak. memang aku ni jenis yg tak reti nak bahagi masa sangat. aku ni jenis kalau buat satu kerja  ni, haa fokus kat situ lah sampai ke sudah. so at the end, macam ni lah jadi. 

but aku bersyukur gilaa sebab dinner ni dah habis. yeayyy good job semua yg terlibat langsung dan tidak langsung *ayat cliche* so lepas ni aku dah boleh fokus untuk final.

*final ni takde study week. moh ler kita menangis berjemaah.


AMALI MAKMAL

assalamualaikum


okay kali ni kita buat post throwback (mampus kena maki sebab tulis blog last minute)

amali makmal or biasanya student sebut labtest.

masa labtest 1 dulu, perghh kelam kabut nikhirim serious tak tipu. dengan masa tak cukupnya, pastu tibah line internet takde. dan dan plak masa tu nak slow kan. selama  ni helok je laju. tapi alhamdulillah nasib baik jugak lah dapat hantar ontime. 

masa labtest 2 plak, lagi lahh syahdu. minggu sebelum tu aku tak masuk kelas sebab adalah sebabnya kan (bukan ponteng okay aku ada surat pelepasan). pastu minggu yg aku tak datang tu belajar switchboard. memang aku lost lah kan masa labtest tu. serious aku dah pasrah tak tau nak buat apa dah. apa yg nita ajar pun kelaut sebab tak sama dengan apa yg sir ajar kat student lain. then ila datang sebagai penyelamat haha. dia lah yg tolong aku. sir just guide sampai table switchboard tu je. yg selebihnya aku bergantung pada nota ila. serious bersyukur gila ila duduk sebelah aku time tu. 

result? aku rasa tu hal sir. no bukan maksud aku untuk taknak amik tau. bukan okayy. cuma aku rasa, aku dah buat the best yg aku mampu buat. yg selebihnya aku tawakal je. kalau dapat markah bagus, alhamdulillah rezeki lah kan. kalau teruk? mohon simpati kat diri sendiri hahaha. 



SAHABAT

assalamualaikum

SAHABAT

kau tanya lah semua orang, konfem kau akan dapat macam-macam gila jenis jawapan.
kawan, membe, geng, teman, bestie and macam lagi lah istilah lain untuk sahabat ni.

"tak seronok bila takde" - harizpipu
"orang yg ada time senang dan susah" - hasnita

well kalau aku, sahabat in short meaning is orang yg kau ngam selain dari family. and untuk aku, once aku dah berkawan dengan someone tu, sampai bila-bila aku akan berkawan dengan dia. kalau ada gaduh-gaduh tu, biasalah kan. tapi better avoid. apa yang penting? harmoni haa gituhhh. hahaha. tapi betullah. memang lah ada orang cakap, tak best kalau takde gaduh. kononnya gaduh ni asam garam dalam friendship yg boleh rapatkan lagi bond tu. hampehh lahh. tak ke lagi bagus kalau takde gaduh? kalau takat gaduh bodoh2 tu lain lahh. tak payah lah take serious sangat kan. 

and to all my friends (eventhough aku tau korang takkan baca pun blog aku ni haha)
aku sayang korang. 
dah tu je.
kbye.




Wednesday, 13 May 2015

PAHIT

"Kadang dugaan tu datang dalam hidup kau tanpa dijangka. Sampai bila kau nak terus tenggelam dalam dugaan tu? Stay positive. Teruskan melangkah. Banyak lagi perkara lain dihadapan yg kau harus hadapi. Melepaskan bukan bermaksud melupakan. Mungkin ada hikmahnya. 
Ye, kau memang tak kuat.Tapi kau kena kuat."
pernah tak kau hadapi something yg kau tak pernah terlintas pun kau akan lalui. tak pernah mintak pun benda tu jadi kat kau. and benda tu bagi kesan sangat2 kat kau.

pahit kan? pahit kan nak telan semua tu? 

well dah nama pun kehidupan. and kita pun dah tau kita ni makhlukNya. memang takkan lepas dari dugaan and ujian. 

and to think about it back, heyy Allah takkan uji kalau Dia tau kau tak mampu. kan???? so bila Dia turunkan ujian untuk kau, its means Dia tau kau mampu hadapinya. tanda Dia sayang. tanda Dia nak kita ingat balik kat Dia. kita ni manusia wehh. senang je nak hanyut. and kita ni pendosa. tak pernah lekang dari dosa. and mungkin jugak Allah bagi ujian ni untuk tebus balik dosa yg kau pernah buat kat Dia. 

Husnudzon beb ! 





PUDING CARAMEL

assalamualaikum. 

okayyyyy hmmmm aaaaaaa
*awkward*

disebabkan idea aku kering kontang ni, ni je yg aku mampu tulis. eh silap. copy paste sebenarnya ahaks. 

nah amik resepi ni. oh aku amik dari sini http://www.kongsiresepi.com/read/60/0/



Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais



last step, makan! pehhh sedapnya wehh. dah lama gila tak makan serious. hmm takde sape nak tolong buatkan untuk aku ke? 


SEPULUH

assalamualaikum.


well ni je yg aku mampu terfikir untuk entry kali ni. haaa cepat usha video ni dulu


tekan sini woiiiiii

Friday, 1 May 2015

KAK MIJAH

assalamualaikum.

"Salam Perkenalan daripada 
KAK MIJAH...

Kak apa uolllsss??
M.I.J.A.H"


ahahha tau tak sape kak mijah ni?? haa meh tengok sini. serious wehh korang wajib tengok tak rugi langsung hahahha. 

and yeahh dia baru je release second video dia. nah amik ni ! yang ni pun wajib tengok. tapi yang first video tu lagi kelakar lahh hahaha. 

okay sebenarnya di sebalik watak KAKMIJAH ni adalah senior aku. senior yang sangat baik dan kelakar dan sangat positif. dah grade dah pun and now dia tengah sambung master.

well all the best kak mijah! semoga lebih banyak lagi video yang laka-laka dari kak mijah. kami senantiasa menantikan comeback dari kak mijah english people ahaks.

sincerely, 
KAKMIJAH'S FAN :) 




BACA !

assalamualaikum.

siapa habiskan baucer buka untuk beli buku angkat tangan ! *krik krik*


hambar lah aku ni. sah sah lah semua orang beli buku dengan baucer buku tu. (eleh tipu ada je yang beli powerbank harddisk bagai ehehe) 


tapi aku beli buku hokeyyyy *muka bangga* dah lama sebenarnya aku tak beli buku selain dari buku revision bagai tu. tapi ntah lah kali ni aku macam nak pupuk balik minat membaca dalam diri aku ni (aisehh ayat kemainnnn) 


ehh betul lah. aku ingat lagi waktu pramatang dulu, aku suka gila kot membaca. iolsss pernah dapat anugerah peminjam buku terbanyak eh. masa darjah 5 lah tapi ahaks. seingat aku lah, aku dah kurang membaca sejak aku pmr. konon time tu nak fokus lah kan taknak baca novel bendalah segala tu. haa kau sampai sekarang, aku dah tak minat baca novel. teringin nak baca, tapi dah jadi cepat bosan, dulu, sanggup tidur 3-4 pagi jot semata nak habiskan novel. 


tapi sekarang ni, aku nak start balik membaca. haiipp bukan baca novel cintan-cintun ehh. hmm disebabkan aku dah terasa semakin matang, so aku nak try baca buku yang berilmiah or berfaedah sikit untuk dibaca. haa gituuu. tapi taknak lah buku yang ayat2 bombastik bagai tu yang ditulis oleh orang yang sangat berpendidikan. ahah gigihnya plak aku nak baca yang tu. mau satu page, aku dah tumbang. mungkin ada novel (bukan novel cinta!) yang best macam fixi ke? oh yeahh fixi best gila ! 




LAMBAT

assalamualaikum

lambat. perkataan yang langsung tidak asing dalam kamus hidup aku. yes, aku ni memang bukan jenis orang yang sangat menepati masa. dari sekolah kot, muka aku memang muka yang selalu paling lambat datang perhimpunan, paling lambat masuk kelas. sampai ke matrik wehh, aku tak boleh lari dari lambat masuk kelas ni. kat universiti ni pun, macam takde improvement je. teruk kan aku ni. 


tapi takde lah semua benda aku nak lambat. dah sah2 benda tu penting, gila kau nak lambat. nak kena maki ke apa? but yeahh. act, sikap ni memang tak baik pun. nasib mostly, cikgu and lect aku tak berapa nak kisah. ada tu yang kisah, haa kau kelam kabut ahh aku keluar bilik nak on time punya pasal hahahah (cuma berkesan kalau cikgu / lect tu garang and jenis yang tak suka student masuk lambat) tapi ntah. aku cuma fikir, okay contoh lah dalam kelas, kalau aku datang awal sekalipun, apa je aku nak buat sementara tunggu cikgu / lect masuk? borak ? gossip ? better aku lepak dalam bilik jap buat kerja lain ke tidur ke rehat ke makan ke. 


hmm ntah lahh. memasing ada pendapat memasing kan. so as long as aku rasa apa yang aku buat ni tak salah and tak nyusahkan orang lain, sukati aku lah kan?




Monday, 27 April 2015

FANTASI

assalamualaikum.

haa fantasi. *eksaited kejap* first nampak je tema ni, aku terus terfikir "HARRY POTTER". tak tau kenapa. mungkin aku terlalu minat kot dengan cite harry potter ni. superb best dohh serious tak tipu. okay tapi yelahh. tak semua orang minat benda yang sama. kalau kau tak minat HP ni, lantak kau ahh. ada kaitan plak dengan aku? ekk biadap. those yang turut meminati HP ni, tahniah *sepp sikit*

HP ni macam cite fantasi tau. takde pun kau jumpa betul betul kat dunia sebenar ni. haihh kalau lah betul2 wujud dunia HP ni. (wake up shafika jangan nak berangan sangat). aku malas lah nak taip pepanjang pasal HP ni. kalau korang nak tau sangat, haa pi tanya pakcik google. dia sentiasa free and rajin nak layan kau. 

btw, disebabkan keminatan aku terhadap HP ni, dari kecik aku dah tanam niat nak kumpul HP punya movie and buku dari first series sampai lah yang terakhir. and aku baru nak start sekarang. hmm lama betul niat tu disimpan hahaha. banyak kott.


  1. SORCERERS STONE
  2. CHAMBER OF SECRET 
  3. PRISONER OF AZKABAN 
  4. GOBLET OF FIRE
  5. HALF-BLOOD PRINCE 
  6. ORDER OF PHEONIX
  7. DEATHLY HALLOWS
haa ni lah semua tajuk tajuk HP. setakat ni aku baru ada 2 je buku dia. so kena kumpul duit lagi ni. ahaha semata sangat kan? 






REALITI

assalamualaikum 


realiti. kadang kadang membawa bahagia, kadang kadang menyakitkan. yang menyakitkan tu yang parah tu. tapi nak taknak, kita kena terima realiti tu sebab itu adalah realiti. REALITI. 

haihh cakap memang senang kan? kadang aku pernah terfikir, camane kalau aku berdepan dengan satu realiti yang tak terduga. yg aku tak duga langsung realiti tu datang secara tetibanya, bila siapa camane kat mana. and aku terpaksa terima benda tu. tak boleh kata tak. apa agaknya yang aku akan buat time tu? maintain tenang? or tetiba rasa macam hidup ni dah tak berguna lagi? (ahah yg ni macam over sikit) 
or aku akan macam orang yg takde perasaan. hati stone. heartless. tak mampu nak hadam apa yang aku tengah hadapi. 

hmmm kau rasa???? #trademarkyenyusoff



MIDSEM BREAK

assalamualaikum.


apa khabar kawan2? sihat?? ahaks dah lama kot aku tak post new blog. sorry sir, saya tak perasan yg sir ada letak tema dalam blog sir. okay its just an excuse. act, aku memang takde effort pun nak carik sir ada bagi tugasan blog ke tak. aku just bukak ifolio, tengok course materials, tengok task, tengok discussion, okay takde pape latest, then tutup. dasar pemalas nak mati aku ni. okay sedar diri pun. 

weiiiii bosan gila tahap mega tera wehh duduk rumah cuti midsem haritu. aku langsung tak keluar mana2 dengan kengkawan. keluar pun sekadar teman mak aku pergi beli barang. tu pun sekejap je lah. bilik, ruang tamu, dapur, toilet. haaa kat situ je lah yg aku duk pusing2. tak berkembang langsung kan? nasib lah mak aku ni jaga budak. so ada lah jugak aktiviti yg aku boleh buat sepanjang seminggu duduk terperap kat rumah tu. 


hmmmm rindu si kembar. 







Monday, 6 April 2015

PERATURAN

assalamualaikum.

yeayy kali ni kita story pasal peraturan plak hokeyy. as semua orang dah sedia maklum,dalam dunia ni penuh dengan macam2 peraturan. dunia ni pun ada peraturan nya sendiri, kau pergi sekolah, ada peraturan, kau pergi kolej universiti ada peraturan, kau dah kerja pun ada peraturan. heyy nak kawen pun ada peraturan jugak kan? mana boleh kasi redah je. kira tanpa rules ni (dah penat nak taip peraturan), kau punya sesuatu matlamat tu takkan tercapai. 

senang cite lah, dalam hidup kau ada peraturan tak? ke kau just make it simple as sesimple simplenye aci kasi redah je ? okay contoh, kau nak dapat dekan lah kan sem ni. kau nak buat apa untuk achieve kau punya matlamat tu? duduk goyang kaki main fon dalam bilik macamtu? hamboi kau ingat dekan tu golek2 dari memana pergi kaki kau ke apa? NO! at least you have to do something right? at least kau kena ada satu rules macam kau kena spent minimum 3 hours per day untuk study so that kau ada lah potensi untuk capai angan nak dekan tu. 

and aku, honestly, aku bukan nya jenis yg ikut rules sangat pun. even rules yg aku cipta untuk diri aku sendiri. lets say aku cipta rule 'boleh bukak social network 3jam je sehari'. kau ingat aku boleh follow that rule? sehari dua boleh lah kot. lama2 hmm kirim salam je lah. tak guna kan aku ni hahaha. tapi betullah. aku tak suka ikut peraturan yg aku rasa nonsense. yg aku rasa nonsense okay, bukan orang lain rasa. kalau orang lain rasa rules tu okay je, terserah lah. masing2 ada perangai masing2 kan? 

but tak baik jugak sebenarnya aku punya perangai ni. macam takde hala tuju ikut sukahati je kan?? 

hmm bila ntah nak berubah *tanya diri sendiri* 




Sunday, 5 April 2015

DAFFODIL

assalamualaikum


haaaa bunga apa tu?? tu lah namanya bunga daffodil. cantik kan kaler putih dia? 
so, kita nak citer pasal daffodil ni kah? nope! gambar hanya sekadar hiasan sahaja. why aku punya title daffodil?? haaaaa.........

Wednesday, 1 April 2015

TANGGUNGJAWAB

assalamualaikum.

tanggungjawab.................... sama macam amanah jugak lah kan?
and know what??


nampak "YANG BERAT ITU AMANAH"???

berat kan?? hmm aku pun maklum pasal ni. walaupun aku tau aku bukannya jenis manusia yg bertanggungjawab. 

well act banyak gila tanggungjawab kita dalam hidup ni. the most important tanggungjawab adalah tanggungjawab sebagai hamba Allah. no ni bukan nak acah2 alim ke hape okayy. this is the truth. kau nak tenang? nak bahagia dunia akhirat? jaga tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. serious aku cakap, in shaa Allah kau akan dapat ketenangan yg sebenar2nya. 

and other tanggungjawab kita ialah
  • tanggungjawab sebagai seorang anak
  • tanggungjawab sebagai seorang sahabat
  • tanggungjawab terhadap negara
  • tanggungjawab sebagai seorang guru 
  • DLL
haa banyak kan? and ni baru sikit je okayy. berlambak lagi tanggungjawab kita yg lain. haaa balik ni nak muhasabah diri kaw kaw. 



Tuesday, 31 March 2015

WAREWOLF

haaaaaaaa seram tak baca title post wuuuuuuu~~~

hahahahhaha

takde lahh. kali ni aku nak citer pasal warewolf. bukan serigala jadian or manusia kachak bertukar jadi serigala ala2 twilight or teen wolf and others movie tu. NOPE!! 

WAREWOLF yg aku dokk sibuk nak cite ni adalah sejenis game-best-ever-yg-aku-pernah-main-selama-aku-hidup-selama-hampir-20tahun. (amboi panjang) 


haa ni contoh watak yg ada dalam game ni 
okayy so aku nak cite lebih lanjut pasal game ni. misi utama dalam game ni adalah mencari sape sebenarnya warewolf tu and make sure detect sape warewolf tu before dia bunuh plyers lain. dalam game ni, ada banyak watak tau. antaranya ialahhhhhhhhh (jeng jeng jeng)

Monday, 30 March 2015

ALASAN

assalamualaikum

menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, alasan bermaksud sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar. (skema sat naa)


untuk membuat sesuatu? hmm sesuatu yg camane tu?? okay kita amik contoh sebagai seorang pejar lah kan. bila kita tak siap assignment tutor semua tu. korang bagi alasan apa? busy? tak sempat buat? takde masa? well i guess banyak lagi alasan lain kan? and im one of those student. selalu sangat bagi alasan kalau tak siap kerja semua tu.
act, semua kerja tu boleh je siap ontime tau. serious. tapi tengok pada person tu jugak. kalau dia jenis orang yg reti jaga masa, pandai bahagi masa, tahu nak buat mana yg penting dulu, takkan ada masalah punya lah. kalau aku, hmmmm memang idok lerrr. serious aku ni bukan jenis yg reti jaga masa. kalau boleh, semua kerja aku tu semua last minute punya kerja. but i admit, kerja last minute ni memang barai KALAU kau takde perancangan yg bagus. contoh lah kan. study last minute menjadi kalau kau dah faham apa yg kau nak study. plan nak hangout dengan membe pun mostly akan jadi bila kau plan last minute. kerja2 yg kau nak buat pun boleh je siap last minute kalau kau dah tau nak buat camane. TAPI in case kalau kau tak tau pape langsung, zeroooooo habis, hmmm habis lah kau. and aku pernah je kena situasi ni. hahahha tabah je lah time tu kena marah ke apa ke. dah memang salah aku kan?









Monday, 23 March 2015

DEMONIC

Assalamualaikum


haaaaaa tau tak DEMONIC tu apa? hmm tak tau lettuw ahaks.

demonic tu movie hantu. best gilaaa serious tak tipu. pergi lah tengok trailer dia. nahh tekan je sini. best kan??? act aku bukannya penggemar citer2 hantu ni. aku sangat tak suka tengok cite hantu. bukan sebab aku ni penakut sangat. btw, takut tu fitrah kot. tipu lah kalau ada orang tu takde langsung perasaan takut. at least, kalau tak takut cite hantu, maybe ada takut benda lain ke? semua orang mesti ada takut masing2. well, berbalik pada cite tadi, aku tak suka tengok cite hantu sebab aku ni jenis yg suka imagine tau. nanti kalau aku tengok cite hantu, haa berzaman lah aku akan ingat jalan cite tu. and sebenarnya, aku takut kalau aku takut pada something lebih daripada aku takut pada yg sepatutnya aku takut. haaa gitcheww ! paham dokk? tak paham, lantak kau. 

act, kitorang (mun nita hariz yen zul) tak rancang pun nak tengok cite demonic ni. kitorang nak tengok cite INSURGENT. ehh bukan kitorang. hariz yg nak tengok ! kitorang follow je. and sebenarnya, aku tak rancang pun nak follow dorang. banyak kott kerja aku tak settle lagi *nangis kejap* tapi ntah camane aku boleh terjebak dengan dorang hahaha. tapi aku banyak diam je time dalam kereta. and i dont even know why. nak cakap, tapi tak terluah haha bodoh je. btw, ni first time aku keluar uns uns untuk sem 2 ni. menyedihkan kan hidup aku? yelahh, sem 2 ni busy gila punya nokkkk *nangis lagi*

okay, sambung cite tadi. sampai je kitorang kat IOI CITY MALL tu, kitorang pun pergi lah beli tiket. tapiiiiiii insurgent tinggal seat depan je. gigih plak kitorang nak hadap skrin 2jam. keluar je nanti, semua teleng hahaha. so, kitorang decide nak tengok cite lain. and cite yg best masa tu tinggal cite demonic ni je lah. yg lain semua macam buhhsannnn ~~. aku tabah je time tu bila dorang nak tengok demonic ni. nak buat camane, takkan aku nak menonong duduk kat luar tunggu dorang habis tengok movie kan? so join je lahh. and bagus jugak sebenarnya tak tengok insurgent ni. sebab aku tak tengok pun lagi cite first dia, divergent. baru tengok trailer je lah tapi. and cite divergent ni macam best jugak laa. dia macam ala ala cite hunger games. tapi version lagi best. 

soooo, kitorang pun pergi lah tengok cite demonic tu. then habis, balik. ohh singgah makan jap sebab aku lapar gilaa and aku sorang je yg tak makan lagi. 

dah habisssssss

BYE ! 

Wednesday, 18 March 2015

ULANGTAHUN

Assalamualaikum.

Ulang tahun. (Anniversary kalau dalam english)

Act, aku tak tau nak cakap apa dalam tema kali ni.

Okayyy hmmmm

Biasalah lah kan, kita selalu dengar kaum adam ni jenis yg tak suka mengingat. Lagi lagi kalau berkaitan dengan tarikh segala bagai ni. Lain gila lahh kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Benda 20 tahun lepas pun perempuan still boleh ingat. Tak percaya?? Serious tak percaya?? sukahati kau lah...

but, mostly, lelaki yg aku kenal lah, memang susah sikit nak ingat bab bab tarikh ni. hmmm kena buat research ni. ai gigih.  Tapi sebenarnya, aku bukan sokong 100% pun mende ni. biasalah tu kalau lupa. nanti kau dah tua, kau tetap nyanyuk jugak kan? and ada je kot perempuan yg cepat lupa. Contoh paling dekat, haa aku lah. yes aku memang jenis yg cepat lupa. tapi tengok lah. ada jugak benda yg aku ingat. over gila kalau semua benda aku nak lupa. And ada je certain boys yg aku kenal, lagi perform ingat tarikh bendalah semua ni daripada aku. *menangis kekalahan sekejap*

Tapiiiiii

Ayah aku totally memang lupa kalau pasal tarikh ni. Birthday mak aku pun kitorang yg biasa ingatkan. Haaihhh abah abah. Tapi satu aku respect bapak aku ni, dia tak pernah lupa anniversay wedding dia. Tahniahh sikitttt *tepuk tangan* and dia pun merancang lah nak pergi mana, nak buat apa, siap suruh kitorang semua balik. sebulan sebelum pulak tu dia tanya. 

dan aku pun mula lah berangan dengan penuh pertanyaan. agak agak kan kalau aku dah kahwin nanti, dah ada suami. ehh hahahhah. tapi betullah. just imagine, apa yg hubby kau akan plan untuk birthday korang, untuk anniversary korang. mesti rasa heaven gila kan kalau dorang yg ingat dulu daripada korang. pastu, tetiba ada suprise. bangun pagi bukak mata je, nampak tiket flight atas meja. masa tuang air, tetiba terjatuh cincin dari air tu. hahahhaahhahahhaha bodoh gilaaa. 

apa tetiba citer pasal kawen nih????? dah gatal nak kahwin lettuw~~

Monday, 16 March 2015

HASHTAG TABAH

aku tabah ! 
yes aku tabah ! 
of course i am !
*cakap banyak kali kat diri sendiri*

tapi, 

tipulah kalau aku cakap aku tak pernah nangis. beb aku perempuan tau. hati ni kau ingat keras sangat ke? aku tahan je tau tak. tunggu masa je ni nak explode.

yes aku tau memang kitorang pun ada buat silap. tapi kau expect apa dari kitorang?? KESEMPURNAAN ABADI??? wehh kitorang dah cuba buat sehabis baik punya maksimum okay. kitorang pun kalau boleh taknak benda ni jadi macam ni. ingat senang nak dapatkan outcome yg kita jangka ? susah wehh. aku takde lah nak cakap yg kitorang langsung tak boleh buat. tapi ni benda baru bagi kitorang semua. normal lah kan kalau ada salah silap? "belajar dari kesilapan." kadang belajar dari kesilapan ni lagi bagus tau tak? well kau akan lebih beware lagi untuk tak ulang kesilapan yang sama.

ntah lah. aku fedup. fedup sampai rasa nak tarik diri je. dah malas nak hadap segala mendalah ni. semak tau takk???! 

tapi

bila aku rasa aku makin down and nak lari dari semua ni, aku terpikir, 

LARI DARI MASALAH BUKAN PENYELESAIANNYA. KAU KENA HADAPINYA WALAU APA CARA SEKALIPUN. 

cuba fikir. kalau aku lari, sampai bila aku nak terus lari?? penat tau asyik nak lari je. kalau jalan rata takpe. dapat yang berduri berbukit bukau haaaa.  

so, baik aku relaks and hadapinya dengan 'collnees overdose'  jyeahhhh !

Wednesday, 11 March 2015

HECTIC WEEK

Assalamualaikum.

haiii. sekarang ni aku kat ptsl wewewewe~~ ahaks gigih kan? nak siapkan blog punya pasal lah ni. esok dah due date and aku baru submit satu post. tu pun baru buat malam tadi dengan penuh kepayahan dan ke-ngantuk-kan. dengan jaring yg asyik carik pasal je since last week. susah tau tak nak buat segala kerja yg dah bertimbun tu. hmmm dah lah aku dah lama tak rasa tidur yg berkualiti *nada sedih mintak kaki* (feeling macam orang lain tidur berkualiti je)

ehh tapi serious dohh. minggu ni minggu paling penat and busy lah sepanjang aku kat ukm ni. haa ni baru first year kott. tunggu nanti final year camane. (haaa cuakk). naik je dari cuti midsem, terus malam tu ada meeting. then lepas tu, hampir tiap malam lah jugak ada meeting. meeting meeting meeting ! hadap sangat ! muak dah tau tak ! ek marah. masa sem satu dulu, waktu2 macam ni aku tgh pishang gila duduk dalam bilik. sebab takde kerja langsung kot. assignment pun sikit gila lah. nak tengok movie pun dah takde hati. nahh, dapat sem ni hamekk kau ! busy nak mampus, baru kau tahu dia punya seksa!

lagipun, one of the program tu, which is called FUS, start jumaat ni sampai ahad di bangi gateway. so, moh lerr kita ramai2 datang yerr *promote jap*. haa lagi berdouble triple lahh aku punya kesibukan kan? hmmm tabah je lah. kadang aku rasa macam aku ni tengah kerja. belajar sambil bekerja. tapi bekerja yg tidak mendapat gaji. know that feel?

hmm okayy. dah lah kot setakat ni. aku pun dah tak tau nak merapu apa lagi. otak dah biul mungkin.
doakan kejayaan program FUS !


cantik kan? cakap cantik cepat!!

SILAP

Semua orang pernah buat silap. Ahhah cliche gila aku punya intro. But thats fact okay ! Cakap sikit sape tak pernah buat silap? Haa haa??! Ek emo~~ Like i said before, tak payah ingat yg kita ni purrrrfecto whatsoever sangat.



Rasa-rasa lah kan, kita paling banyak buat silap kat siapa? Hmm as for me, aku rasa aku paling banyak buat silap kat parents and siblings aku. Sebab apa? Sebab, mostly kita lah kan, bila buat silap kat parents je, mesti susah nak mintak maaf kan? Haaaa baik jujur tak baik menipu. Ahaks~ Tapi ada je anak yg baik yg selalu mintak maaf kat parents dorang even takde silap apa pun. Haihh kan bagus kalau aku ni anak yg baik jugak. Haa pastu, kalau kau gaduh ke apa ke, buat salah silap kat abang kakak adik kau ke, korang mintak maaf tak? Kalau aku tak. Hahahaha. Tau je tup tup dah berbaik balik berborak bergurau senda seperti sediakala seperti tiada apa-apa yg berlaku. Biasalah air dicincang takkan putus woiiii. Tapi, bila kau buat silap sikit je kat kawan kau, lagi2 bf or gf kau, kemain gigih mintak maaf. Sampaikan ada yg sanggup tak tidur malam menunggu kata penerimaan maaf dari si dia. Apa kata, kau buat camtu kat parents or siblings kau jugak ke? (dushhh sentap dengan ayat sendiri)


Paling lawak kalau kau buat silap, pastu kau kantoi. Diri sendiri plak tu yg kantoikan. Takpun, bff yg kau dah janji susah senang bersama, dengan senang hati meng-kantoi-kannya tanpa perasaan bersalah terhadap korang. Ahahah ni bangang abadi serious. Mesti kau rasa nak tikam2 je kan bff kau tu, pastu tarik lidah dia masuk dalam pemotong kertas. Puas dia pehhhh !


Act, tak susah pun nak mintak maaf kalau kita ada buat silap. Just say “sorry” je kan? Okay maybe susahlah kot kalau manusia itu mempunyai ego yang lebih tinggi dari KLCC.  Tapi percayalah, sebelum terlambat, baik mintak maaf awal2 sebelum kau menyesal seumur hidup. Jangan lah sekadar ucapan “sorry” semata. Kalau ghupe gituu, budak baru belajar cakap pun boleh sebut. Kita haruslah meminta maaf dengan seikhlas hati okehhhh ??


Bukan semua orang dapat kesempatan and peluang kedua. Ye dokkk? 








Tuesday, 3 March 2015

ME

Assalamualaikum

‘ME’. Kalau dalam bahasa melayu maksudnya ‘SAYA’. Which means pasal diri aku lah kan? Well. Nama aku NURUL SHAFIKA BINTI ZUNKEPELI. Kalau kat UKM ni, kengkawan semua panggil aku SHAF. Bulan April ni genaplah umur aku 20 tahun. Woahhhh aku nak masuk 20 tahun dahh. Yeayyy *tepuk tangan* Dah boleh kahwin dah anak Zunkepeli ni. Ehh hahahahaa. Aku anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Kakak aku dah kahwin. Dia kahwin muda kot. Soooooo, aku pun bercita-cita nak kahwin awal. Ekk gatal! Dalam adik beradik aku, ada sorang je lelaki. Aku sangatsangat teringin nak mati nak ada abang kandung. Serious tak tipu. Ada abang best kot. Ada orang nak protect kau. Caring pasal kau. Boleh ajak lepak sesame. Well memanglah aku ada abah untuk protect aku, caring pasal aku and so on. Tapi tak semua benda kau boleh share dengan parents kau kan? Okay maybe ada certain people yg selesa share semua benda dengan parents dorang. Next, as i mentioned before, aku study kat UKM and amik economic course. Aku nak tukar finance jugak second year nanti. Tak kira! Sebelum ni, aku study kat Kolej Matrikulasi Melaka. Sebelum tu, aku belajar kat SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Sebelum tu lagi, aku sekolah rendah kat SK Pusat Bandar Puchong 1. Haa banyak kan tempat aku belajar. Dulu, aku teringin gila kot nak belajar kat UK. Tau kan University of Oxford? Haa situlah. Tapi aku rasa tak kesampaian kot cita cita aku ni. Tetiba terasa cuak plak nak pergi oversea haha. Lagi2 zaman sekarang ni, banyak benda boleh jadi. Tapi kalau ada rezeki, and diizinkan aku untuk pergi ke sana, why not?? Kau ingat senang nak pergi oversea? 

Hmm nak cakap pasal apa lagi eh?

Okay. Aku ni jenis yg unpredictable. Ikut suka aku lah kadang nak okay ke, nak moody ke, nak gila kejap ke. Well masing2 ada angin dia masing2 kan? Aku bukan jenis yg sikit2 nak sentap *muka menyampah*. Jiwa kena kental lah beb! Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak pernah tak sentap. Heyy im human too okay? Tapi terima je lah. Maybe apa yg dia kutuk kau, apa yg dia tegur kau, apa yg dia hina kau, apa yg dia cakap tu ada betulnya kan? Semua orang ada perspektif masing2. Tak payah ingat yg kita ni purrrrfecto whatsoever sangat. Ubah selagi benda tu baik untuk kita, baik untuk orang lain.


“Kalau kau nak orang lain hormat kau, kau kena belajar untuk hormat orang lain dulu.” 

Pernah dengar?